Sunday, December 18, 2011

Wanita Hilang Dara??

Wanita Hilang Dara??

Dara Tidak Hilang Dengan Menggosok Alat Sulit

Selaput dara atau hymen tidak akan koyak dengan perbuatan menggosok alat sulit saudari tidak membawa apa-apa kesan yang negatif. Namun dari sudut agama Islam, ia haram. Kegiatan ini atau dalam kata lain iaitu masturbasi menyebabkan seseorang itu terangsang/ghairah dan ini diikuti dengan keluaran cecair putih jernih atau air mazi.

Cecair ini adalah lelehan dari kelenjar-kelenjar Bartholin dan dinding faraj. Dalam hubungan intim, cecair ini adalah pelincir ketika hubungan seksual dan jika tiada, hubungan seksual akan mengalami kesakitan.

Tindakan menggosok alat sulit saja tidak akan membuat seseorang itu kehilangan dara. Selaput dara agak susah juga untuk terkoyak kerana ianya agak tebal. Sekiranya berlaku penetrasi/kemasukan banyak kali sama ada semasa hubungan seksual atau memasukkan sesuatu dalam faraj, mungkin selaput dara akan terkoyak.

Dalam proses melakukan saringan lumuran pap pada wanita yang belum berkahwin atau anak dara pun, selaput tidak mudah koyak.

Dara Mungkin Hilang Dengan Aktiviti Sukan Lasak

dara atau hymen pada faraj

Usah bimbang dara hilang akibat aktif bersukan. Selagi tidak pernah mengalami perdarahan di bahagian sulit semasa bersukan, terlalu kecil sekali kemungkinan untuk dara “hilang”. Kalau berlaku pun sukan yang lasak, berkuda dan berbasikal mungkin boleh menyebabkan selaput dara tercedera.

Katakanlah selaput dara saudari terkoyak semasa bersukan, persoalannya adalah saudari di kira tidak mempunyai dara? Dara akan hilang sekiranya berlaku persetubuhan dan bukannya sebab-sebab lain seperti bersukan atau masturbasi. Juga ada selaput dara yang tidak koyak semasa hubungan seksual banyak kali. Adakah mereka ini masih dara?

Tidak perlu memberitahu bakal suami sama ada dara masih ada atau tidak. Kehilangan dara tidak sama sekali mengganggu keintiman malam pertama. Kebenarannya apabila selaput terkoyak masa hubungan seksual boleh menyakitkan.

Dara Mungkin Hilang Dengan Perbuatan Memasukkan Jari

Perbuatan memasukkan jari ke dalam vagina berkemungkinan besar menyebabkan selaput dara atau hymen koyak. Ini kerana hymen adalah selaput nipis yang menyelaputi separuh dari pembukaan vagina. Ia adalah sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai vulva iatu kemaluan luar wanita (external genitalia).

Hymen ini mempunyai pelbagai bentuk. Bentuk yang sering ditemui ialah bulan sabit. Oleh kerana ia adalah struktur yang nipis, hymen mudah koyak.

Bukan saja akibat memasukkan jari atau hubungan seks, hymen boleh koyak ketika aktif dalam sukan. Aktiviti lasak dan ketika kecederaan pada vagina, proses memasukkan tampon ke dalam vagina juga boleh menyebabkan kecederaan pada hymen.

Malam Pertama Tidak Berdarah

Tidak semestinya wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya.

dara hymen dan bentuknyaAlign Center

Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate), menutupi keseluruhan bukaan faraj lubang halus menembusinya (fenestrasi), malah ada yang menutup terus (imperforate).

Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.

Nama selaput dara juga mungkin mengelirukan kerana bagi kebanyakan perempuan, ia tidaklah menyelaputi keseluruhan bukaan faraj, tetapi hanya seperti cecincin nipis yang mengelilingi tepian faraj terbabit. Lubang di tengahnya membolehkan aliran darah haid atau lelehan faraj keluar.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik.

Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan. Hubungan seks eloklah dilakukan dalam keadaan si isteri sudah bersedia agar ia dapat dinikmati bersama.

Namun, ini tidak bermakna jika isteri tidak bersedia, pendarahan akan berlaku. Jika benar, sudah tentu ia dialami ibu lain yang didatangi suaminya dalam keadaan yang belum atau tidak bersedia.

Kadangkala, pendarahan boleh disebabkan luka pada sempadan di antara bibir kemaluan dengan bukaan faraj bahagian belakang (dinamakan fourchette posterior), ia boleh mengalami luka laserasi dan menyebabkan kesakitan pada setiap kali penetrasi hubungan seks.

Pemeriksaan Dara

Kerap kali apabila hymen mengalami kecederaan, akan berlaku sedikit pendarahan.

Hymen sukar dilihat dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat oleh doktor yang dilatih dalam bidang perbidanan dan sakit puan.

Vagina adalah struktur yang dikelilingi oleh otot dan pembesaran lubang vagina hanya akan berlaku semasa proses melahirkan bayi atau selepas wanita mengalami menopause.

Bagaimanapun, untuk mengesahkan sama ada hymen terkoyak atau tidak, pakar perbidanan dan sakit puan perlu dirujuk. Melalui pemeriksaan fizikal, doktor boleh memberitahu status hymen atau dara.

No comments:

Post a Comment